fbpx

UBER SUGGEST SEO ANALISA AMAZING NO 1

UBER SUGGEST

PENGENALAN UBER SUGGEST

Jika anda mempunyai website dan mahukan analisa/data SEO anda baik atau tidak. Gunakan khidmat mamat ni, SEO Expert yang telah cipta Uber Suggest yang akan analisa dan tunjukkan data SEO anda. Anda cuma perlu buat maintenance dari data dia.

Bukan percuma tapi tak mahal. Jika anda seorang blogger yang serius mahukan income Google Adsense mencurah masuk melalui enjin carian.

Jika anda ecommerce mahukan traffic dan naikkan sales melalui enjin carian. Pakai mamat ni orang UK.
Tiada apa yang percuma di dunia ni..hehehe.

Untuk lindabeauties yang berlatar belakang e-commerce hadapi cabaran besar untuk mengendalikan SEO.

Terutama jika anda mempunyai produk yang banyak dan hampir sama, sudah tentu isu meta description, low word atau duplicate content merupakan sakit kepala yang amat sangat.

Bagaimana kami nak tahu kesalahan kami, mahu tak mahu terpaksa guna Uber Suggest sebuah platform yang analisa data anda.

Jika SEO anda 80% ke atas adalah garisan minimum SEO untuk platform. Dan kenapa anda berada bawah 80%, anda boleh lihat kolum issue. Dan anda kena selesaikan isu tersebut.

POWER UBER SUGGEST

Selain kegunaan Uber Suggest ialah jika anda mahu mencari menkaji keyword atau konten untuk artikel anda. Dengan mudah ia tunjukkan. Jangan ler tiru bulat-bulat tetapi buat improvement.

Linda beauties menggunakan Uber Suggest ni semaksimum mungkin kerana website kami baru berumur 3 bulan dan ikut pengalaman saya sebagai blogger selama 10 tahun. Saya boleh katakan Uber Suggest ini kalau saya jumpa awal dulu, kan bagus.. mesti saya dah jadi blogger popular dengan traffic yang tinggi

Kini lindabeauties yang berumur 3 bulan mendapat traffic harian sebanyak 300 pageview sehari tetapi 90% dari USA.

Mungkin kerana heading artikel dan produk saya gunakan bahasa english kot maka menarik pembeli berbahasa inggeris.

Tapi apa yang saya nak katakan, kerana pemeriksaan kerap di Ubet Suggest saya tahu apa kesalahan saya dan apa yang saya perlu baiki.

Dan masalah utama ialah kena buat kerja rumah yang diberikan oleh Uber Suggest. Jika anda mempunyai beratus produk dan anda terlambat guna Uber Suggest dam bila platform ni scan, tetdapat beratus- ratus kesalahan. Time tu rasanya nak nangis!!!!

UBER SUGGEST

BERAPA LAMA NAK LUANGKAN MASA DI UBER SUGGEST

Saya habiskan 3-7jam semalam nak clearkan segilintir masalah dan ada lagi 30% belum buat dan tak tahu nak buat..hahahaha. Anda memerlukan ilmu SEO kalau nak tahu bagaimana memperbaiki aturan, meta, heading, internal link dan pelbagai lagi.

Tak susah tetapi kena rajin membaca dan tengok you tube, orang kata dunia sekarang ini adalah maklumat di hujung jari. Taip ajer kat Google pasti dapat maklumat yang anda mahukan.

Tu sebab Neil Patel kata, seminggu sekali wajib buat website maintenance. Kalau lengah-lengah, kusut kepala kau dan anda akan hilang trafik secara drastik.

Jangan melengah-lengah bila bab SEO, sebab sekali anda hilang keyword atau ranking nak dapat balik semual ranking tu amatlah susah. Sebab dalam dunia internet terdapat berjuta blogger atau e-commerce. Saingan amat sengit dan bukan mudah untuk naik ke enjin carian pertama.

Lindabeauties berkongsi ilmu yang berminat dengan ecommerce ini. Penat, tapi alang-alang dah masuk ke laut, kita terjun sampai pandai berenang.

Mula-mula mesti ada yang hampir nak lemas dan tercungap-cungap. Tapi itu semua adalah sebahagian dari pembelajaran. Takkan belajar berenang jadi pandai, pasti anda anda akan buat kesilapan tapi kit ajadikan ia sebagai pengajaran tambahan ilmu kita.

KESIMPULAN UBER SUGGEST

Saya nak jelaskan Uber Suggest ini bukan penyelesaian masalah tetapi mencari masalah dalam website anda dan kemudian memberitahu pada anda bahawa website anda ada masalah-masalah dengan lengkap.

Anda yang membertulkannya sendiri. Untuk newbie yang benar-benar berminat dengan SEO, paptut guna ini dan terma-terma SEO yang digunakan jika tak faham, cari di Google dan paling best ialah bersebelahan masalah yang ditunjukkan oleh Uber Suggest ada ikon yang akan membawa anda artikel lengkap oleh Neil Patel bagaimana menyelesaikan masalah anda. aguskan Uber Suggest ini Dan saya cadangakan anda guna dan ia ada versi percuma. Gunakannnya.

Menguna Uber Suggest secara konsisten boleh boost up your sales melalui google search. Ia juga boleh naikkan revenue anda.

AMAZING UBER SUGGEST AND YOU WIL BECOME BEST SELLING ECOMMERCE IN YOUR NICHE

Please Comment

X
× Whatapps us