fbpx

Penghantaran produk lindabeauties 20-30 hari

Penghantaran produk lindabeauties 20-30 hari

Inilah kelemahan paling utama lindabeauties iaitu Penghantaran produk lindabeauties 20-30 hari

Pembeli biasanya jika mahu setiap produk yang mereka beli kalau boleh semalam beli, esok dah sampai. Lagi hebat, kalau bin hari ni dapat produk pada hari yang sama.

Itulah sikap pembeli termasuk saya. Tetapi realitinya ada penghantaran memakan masa 4 -7 hari. Itu adalah normal untuk mana-mana sistem penghantaran yang normal.

Penghantaran produk lindabeauties 20-30 hari. Kenapa?

Alasan pertama 80% produk lindabeauties dari luar negara atau secara khusus dari China.

Penghantaran dari China memang memakan masa yang lama. Paling cepat pun 7- 15 hari. Tetapi lindabeauties mengambil masa sehingga 20-30 hari salah satu sebab juga ialah kos penghantaran.

Jika pengguna mahukan penghantaran dalam masa 7 hari jumlah kos penghantaran RM120. Lindabeauties boleh hantarkan jika pembeli sanggup keluarkan modal penghantaran.

Semua produk lindabeauties adalah free shipping bermakna kos penghantaran adalah percuma. Oleh yang demikian kami boleh memberi harga yang terendah buat pembeli kami.

Harga dan hari penghantaran memang merupakan saingan kuat dan memeningkan buat semua penjual online. Mana kami nak, harga atau penghantaran yang pendek.

Lindabeauties mengambil pendekatan, harga adalah keutamaan kami dan kami terpaksa berkorban untuk tarikh penghantaran dari 20-30 hari.

Alasan kami juga ialah setiap pembeli kami jika telah membeli produk kami dan serasi dengan wajah mereka. Sudah tentu pembelian kali kedua akan dilakukan, mereka bila-bila masa boleh buat advance purchase kerana mereka tahu penghantaran memakan masa 20 -30 hari.

Maksudnya jika pembeli kami telah menggunakan produk kami selama 15 hari dan berpuas hati. Mereka akan repeat order dan next delivery paling lewat lambat 15 hari. Okey ler tu.

Tapi tentu sahaja mereka akan beli lebih untuk stok semasa menanti penghantaran selanjutnya pada masa akan datang.

Lindabeauties memahami kesukaran pembeli mendengar 20-30 hari penghantaran. Memang cukup lama tetapi ianya hanya psikologi difikiran anda sahaja. Produk tersebut mungkin datang awal dan biasanya sebelum 30 hari. Tapi kami maksimumkan, supaya difikiran pembeli 30 hari. Jika awal syukur alhamdulilah.

Tetapi bukan semua produk lindabeauties penghantaran 20-30 hari. Ada yang memakan masa 3-4 hari dan ada 7-14 hari. Pembeli boleh lihat dalam setiap produk kami di e-commerce kami letakkkan jangkaan tarikh penghantaran. Tapi tak banyak ler.

Lindabeauties tidak mampu menyimpan stok produk yang beratus-ratus di store kami. Kami beli dan jual terus dari supplier kami. Pertama kos dan ruangan yang terhad.

Namun lindabeauties tidak berhenti di sini sahaja. Kami sedang mencari dealer dalam Malaysia dengan pelbagai produk yang berkualiti dan akan masukkan ke kedai kami.

Kami berusaha mengurangkan sehingga 50% produk dengan penghantaran 20-30 hari. Dan menambah dengan penghantaran yang lebih pendek.

Kami kini sedang berbincang dengan gateaway payment kami untuk mewujudkan sistem re-curring iaitu sistem pembelian berulang atau repeat order dari pelanggan. Pelanggan tak perlu tiap-tiap bulan bank in. Hanya setuju untuk penambahan setiap bulan kami akan poskan produk.

Dengan cara ni kami mendapat pelanggan tetap dan boleh menyimpan stok yang lebih di kedai kami. Itu salah satu cara pendekkan penghantaran dengan jualan bulanan yang tetap.

Atas sebab penghantaran ini juga, lindabeauties kini membuat video review produk yang kami beli sendiri.

Sekurang-kurangnya pembeli tidak kisah menunggu selama 20-30 hari kerana yakin produk yang kami review . Selalunya pembeli tak kisah menunggu cuma tak yaki. Menunggu 20-30 hari barangan sampai itu bukan persoalan tetapi bila barang sampai ianya indah dari khabar. Dah ler tunggu lama, barang pula tak berkualiti.

Don’ t worry sis. kami akan buat review video kami dari masa ke semasa.

Lagi pun sis jangan risau, produk kami pilih ialah produk rating tinggi. Sekurang-kurangnya rating 4 dari 5. Memang boleh dipercayai..

Cuma penghantaran kami sahaja memakan masa. Bukannya 3 bulan sis hanya 1 bulan maksimum…hehehehe.

Puas hati dengan penerangan kami, apa lagi jom ler shopping kat kedai kami. lindabeauties adalah sebuah e-commerce yang menjual pelbagai produk kecantikan dengan motto Kejelitaan Adalah Milik Anda

LINDA BEAUTIES

1 comment on “Penghantaran produk lindabeauties 20-30 hari”

  1. Pingback: FACE MASK MURAH LINDABEAUTIES - LINDA BEAUTIES

Please Comment

X
× Whatapps us