fbpx

REVIEW FACIAL CLEANER MASSAGE OLEH lindabeauties

FACIAL CLEANER MASSAGE

FACIAL CLEANER MASSAGE DESKRIPSI

Sebelum membuat review di bawah ini adalah statement oleh pengeluar tentang FACIAL CLEANER MASSAGE. Kena baca dulu

Saiz pemeganag dan produk ergonomik dan senang menggunakan . (Betul sebab saya selesa memegangnya)

Produk tekstur yang baik, dan tahan lama. ( Yang ini kita kena pakai dulu, kalau lihat dari visual. Tak berapa menarik ler)

Pori-pori yang bersih, berkesan mencegah blackhead, kulit pengelupasan ringan warna kulit licin dan lembut, kulit padat, angkat muka V, kulit padat. ( Betul, jika kita mengosok dengan sekata dan lebih selesa pakai produk ini untuk aktiviti scrub atau cucian)

Melancarkan peredaran darah, melegakan tekanan kulit, meningkatkan penyerapan. (Betul, kalau selalu kita scrub muka atau cuci memang pun akan legakan tekana kulit. Ayat ini abstrak)

Biasa ler penjual akan memberi seberapa banyak statement bahawa produk mereka yang terbaik . Kali ini biar lindabeauties pula yang membuat review.

FACIAL CLEANER MASSAGE OLEH LINDA BEAUTIES

FACIAL CLEANER MASSAGE
Gambar sebenar

Pandangan pertama lindabeauties mula-mula dapat produk ini ialah terkejut sebab ianya kecil dan biasa-biasa sahaja. Kalau lihat dari plastik yang digunakan pun tak ler macam IKEA.

Tetapi struktur silikon plastik agak baik dan kental. Manakala bulu atau berus pula sangat lembut. Puas hati.

Produk ini tiada fungsi mekanikal atau elektrikal tetapi hanya sebatang plastik yang lengkap dengan scrubber silikon dan berus. Itu sahaja.

lindabeauties memulakan eksperimen dengan memakainya. Anda boleh lihat dari video kami, saya menggunakan silikon scrubber dan ianya amat berkesan sekali dalam scrubbing wajah anda.

Pandangan saya terus berubah dan akui plastik ini adalah sebuah inovasi kecil tetapi terbaik dalam memudahkan kerja anda. Apa yang pasti ia dapat mengurangkan masa anda. Kalau kita scrub muka pakai tangan memang cukup lama sebab kita pula sental tetapi dengan FACIAL CLEANER MASSAGE ini kerja anda menjadi cepat sebab silikon tersebut memang membersihkan dengan baik.

FACIAL CLEANER MASSAGE

Pada pandangan perbadi saya, adalah lebih baik menggunakan produk ini. Ada juga produk FACIAL CLEANER MASSAGE yang menggunakan elektrik tetapi bolehkah ia tahan dari rosak. Kerana apabila kita scrubbing atau cleanser wajah kita, pasti kita menggunakan air. Betul tak?

Kalau ia menggunakan kuasa elektrik, tak cepat rosak ker. Dan berapa kelajuan dan tekanan yang harus anda gunakan semasa scrubbing wajah anda.

Lagi baik guna secara manual dan yang pasti ia tahan lama sebab ia takkan rosak jika bahagian dalaman masuk air dan merosakkan bahagian elektrik.

Saiznya yang kecil dan comel ini memudahkan anda membawanya ke mana-mana sahaja. Dan paling penting ia tidak berat.

Menurut supplier ini, anda boleh menggunakan produk ini bukan hanya di muka sahaja. Boleh gunakan di tengkuk atau mana-mana bahagian yang perlu di scrub atau dibersihkan bergantung pada kreativiti pengguna tersebut

Harga produk ini ialah RM22, memang agak mahal berbanding saiznya dan lindabeauties terpaksa akuinya sebab ianya produk luar negara. Memang agak mahal sedikit. Penghantaran memakan masa 20-30 hari.

X
× Whatapps us