fbpx

PENYEBAB KAKI BERBAU DARI SEGI SAINS.

head line 2

Penyebab Kaki Berbau Dari Segi Sains

Oleh :  Dr Fatimah Binti Salim
Pensyarah Kanan
Institut Atta-ur-Rahman UITM

Perasankah anda kaki kita selalu mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan terutamanya jika memakai kasut tanpa stokin. Tahukah anda apa punca bau kaki ini dan bagaimana cara untuk mengurangkannya? Linda beauties akan menerangkan pada anda.

Bau kaki ini adalah disebabkan oleh kehadiran bahan-bahan kimia semulajadi iaitu methanethiol (berbau seperti sulfur dan cheese), isovaleric acid (bau kombinasi cheese dan cuka), acetic acid (cuka) dan propionic acid (kubis busuk).

Antara semua bahan kimia ini, isovaleric acid yang sering dikaitkan dengan bau kaki kerana hidung kita mampu menghidu kehadiran bahan kimia ini walaupun dalam jumlah yang sedikit.

Dari manakah datangnya bahan-bahan kimia ini?

Kulit kita sebenarnya mempunyai populasi bakteria (StaphylococciBrevibacteriumPropionibacterium dan aerobic Coryneform) yang menetap secara simbiotik dengan kaki kita. Kita memerlukan bakteria ini untuk menjaga kesihatan kulit kaki kita. Bakteria ini berfungsi merembeskan minyak untuk mengekalkan kelembapan kulit, menghasilkan enzymes untuk menguraikan sel kulit mati, dan juga menjadi benteng pertahanan terhadap serangan patogen.

Bakteria ini hidup dengan memakan sel kulit mati yang lembab disebabkan kehadiran kelenjar peluh yang sangat banyak pada kaki kita. Semasa melakukan aktiviti ini, bakteria akan berkumuh dan menghasilkan bahan-bahan kimia penyebab kaki bau tadi.

Adakah kaki berbau itu elok?

Ya, dan tidak terlalu berbau. Selagi kaki anda mempunyai kombinasi bau bahan kimia di atas, maksudnya kaki anda sihat.

Sekiranya bau ini bertukar menjadi wangi, ia adalah petanda kehadiran bakteria yang tidak patut berada di kaki anda. Bakteria asing ini akan makan kulit segar yang mana boleh menyebabkan ruam dan luka pada kaki jika tidak dirawat dengan segera.

Bolehkah bau ini dikurangkan?

Boleh. Walaupun kaki yang berbau menandakan ianya sihat, namun bau yang berlebihan menandakan aktiviti bakteria juga berlebihan. Aktiviti bakteria ini boleh dikurangkan dengan menyapu bedak talkum di kaki. Bedak talkum ini menyerap lebihan lembapan yang boleh mengurangkan keaktifan bakteria ini. Memakai stokin yang mampu mengalirkan udara juga boleh menjalankan fungsi yang sama.

Mengamalkan kebersihkan dengan mencuci dan menjemur kasut juga boleh mengurangkan bau. Pemilihan material dalam kasut juga penting. Sesetengah kasut mempunyai bahan penyerap bau seperti arang aktif.

Terdapat juga spray kaki atau kasut yang mengandungi bahan kimia seperti citral, geraniol, citronellal dan limolene yang boleh mengurangkan bau tadi. Bahan-bahan kimia ini berfungsi merencatkan enzim leucine dehydrogenase dalam bakteria tadi yang bertangungjawab menukarkan bahan kimia leucine (dalam peluh) kepada isovaleric acid (bahan kimia penyumbang bau utama kaki).

Anda juga boleh menyapukan deodorant ketiak pada kaki untuk mengurangkan bau kerana ianya menjalankan fungsi yang sama.

SEIRING DENGAN PERKEMBANGAN ZAMAN dan teknologi, terdata beberapa produk untuk menyelesaikan masalah kaki berbau ini melalui teknik kecantikan iiatu exfoliator dimana salah satu utama ialah daki dan kulit mati berserta peluh bersatu dan menyebabkan bau kaki yang kuat.

Memang dari segi sains anda tidak boleh buat apa-apa jika kaki anda jenis berpeluh tetapi anda boleh mengurangkan bau kaki dengan menjaga kebersihan kaki anda. Mudah kan.

Jangan berserah pada takdir kerana sistem genetik anda. Mahukah anda gusat sepanjang hari apabila keluar dengan rakan-rakan dan bila ajak sembahyang anda taku. Bukan tak tahu sembahyang tapi nak buka kasut dengan mereka kerana KAKI ANDA BERBAU!!!

Lindabeauties boleh membantu dengan mengesyorkan produk yang murah dan baik.

X
× Whatapps us