fbpx

SHEET MASK 101

SHEET MASK 101

PERSOALAN TENTANG SHEET MASK

Apa beza sheet masks, face masks, sleeping masks etc?Face mask ialah apa apa mask yang kita letak dekat muka. Boleh jadi sheet mask, sleeping mask, clay mask etc.

Bila nak pakai sheet masks?Bila bila boleh. Nak pakai pagi pun boleh, malam pun boleh. Lepas dah cuci muka and pakai toner, boleh la apply sheet mask ni.


Berapa lama kena pakai sheet masks?Depends on arahan dekat belakang / plastic sheet mask tu. Ada yang 15-20 minutes. Nak pakai sampai 30 minutes pun boleh je. Asalkan jangan pakai lepastu bawa masuk tidur lah. Set timer dekat phone.


Kenapa tak boleh pakai bawa tidur?Sebab bila sheet mask tu kering, it will suck all the moisture dekat kulit. Buat kulit bertambah kering. Seeloknya ikutlah arahan dia.

Boleh ke simpan sheet mask yang dah pakai tu? Sayang lah baru guna sekali.Jangan reuse please. Kalau essence dia stil ada, sapu dekat leher, siku, kaki, supaya tak membazir. Kalau still ada banyak lagi essence dia, try rendam compressed sheet masks dekat lebihan essence tu.


Kenapa saya pakai sheet mask, rasa pedih? Normal ke?Maybe ada ingredient yang tak sesuai dengan kulit. Check balik ingredients. Pergi bilas kalau pedih or naik merah merah.


Boleh ke pakai sheet mask setiap hari?Boleh je kalau untuk hydrating / moisturizing / calming. Kalau Acne control / lifting / brightening etc, selang sehari pun ok jugak kalau rasa too much.
Kalau dah pakai sheet mask, kena pakai lagi ke serum / essence / toner?Nak pakai pun boleh, taknak pakai pun takpe. Dua dua boleh. Pakai segala toner/essence/serum lepastu baru apply sheet mask untuk lock everything. Then, remove the sheet mask and apply moisturizer.


Kena bilas ke lepas pakai sheet mask?Noooooo. Jangan bilas. Rugi segala essence yang dah tempek tu. Kalau rasa melekit sangat, just lap pakai cotton pad.

Other tips: Put it the fridge. I suka the soothing effect, rasa sejuk bila apply dekat muka

Sumber: imanabdulrahim.com

Please Comment

X
× Whatapps us