fbpx

Enam Fakta Penting Sheet Mask

Enam Fakta Penting Sheet Mask salah satunya ialah mengekalkan seri dan kelembutan kulit wajah dengan amalan memakai topeng muka jenis sheet mask.

Seperti selebriti Korea umumnya, lelaki dan perempuan rata-ratanya sangat mementingkan kecantikan wajah sekaligus memanfaatkan penggunaan kepingan mask muka yang dipercayai bisa mencerahkan kulit di samping menyalurkan nutrien terbaik buat kulit wajah.

Untuk pengetahuan semua, sheet mask adalah kepingan kapas atau kertas tisu yang berbentuk wajah kemudiannya direndam dalam cecair bervitamin.

Bukan itu sahaja, sheet mask ini mampu menjimatkan masa seseorang tanpa perlu membazir waktu, wang atau tenaga kerana perawatan kulit wajah ringkas ini boleh dilakukan sendiri di rumah.

Namun begitu, terdapat enam perkara yang perlu diketahui terlebih dahulu. Ini fakta penting tentang sheet mask.

Sheet Mask Tidak Sebagus Pupur 

Pupur wajah adalah mask yang dibancuh sendiri seperti buah tomato yang dihancurkan untuk dilumur keseluruh bahagian wajah dan dibiarkan mengering beberapa ketika agar kulit bisa menyerap nutrien sebelum membilasnya.

Seperti sheet mask, ia hanyalah sekeping tisu atau lapisan kapas yang direndam dalam cecair berformula -dikatakan mampu mencerah dan melembutkan kulit wajah.

Enam Fakta Penting Sheet Mask
Gif -Tumblr

Oleh itu, keberkesanannya tidak begitu dijamin dan ianya bergantung kepada permasalahan kulit yang seseorang hadapi. Ia tidak dapat membersih wajah bahkan tidak mampu menarik kotoran keluar dari kulit seperti mask jenis skrub atau pes.

Meskipun begitu, sheet mask juga memiliki kebaikannya tersendiri di mana, ia tidak akan mengeringkan kulit wajah si pemakai kerana ia lembap penuh dengan cecair serum terbaik yang mengandungi asid amino, mineral dan vitamin.

#2 Hanya Baik Untuk Bekalkan Wajah Dengan Lembapan Berganda

Seperti yang penulis canangkan awal tadi, sheet mask adalah topeng wajah yang direndam dengan bahan lembapan terbaik untuk menyalurkan nutrien yang bisa memulih kulit kering. 

Enam Fakta Penting Sheet Mask
Sumber: Pinterest

Cara penggunaan mask sheet yang betul adalah, biarkan kepingan mask melekap pada wajah selama 15 hingga 20 minit sebelum menanggalkannya. Jangan bilas atau cuci wajah! Urut lebihan esen mask yang ada pada wajah tersebut sehingga keseluruhannya menyerap ke dalam kulit okay? ❤️

#3 Tidak Bagus Untuk Kulit Berjerawat

Enam Fakta Penting Sheet Mask
Sumber: Beauty Banter

Ini kerana jika kulit terdedah lama kepada basahan seperti sheet mask, dikhuatiri bakteria jerawat jadi lebih aktif membuatkan wajah semakin teruk nanti. Nasihat pakar kulit, jika seseorang memiliki kulit yang berjerawat atau berminyak, seeloknya potong sedikit bahagian mask dan cubanya di bahagian pipi terlebih dahulu. Jika tiada reaksi negatif berlaku, barulah boleh terus menggunakan sheet mask tersebut.

#4 Kualitinya Diyakini Bersih!

Enam Fakta Penting Sheet Mask
Sumber: Tumblr

Seperti yang kita tahu, sheet mask ini adalah medium perawatan sementara yang perlu dibuang selepas sekali penggunaan. Ia juga dipek dalam bungkusan berasingan menjadikan sifatnya bersih dan selamat digunakan ke atas kulit wajah yang sensitif terhadap bakteria dan kotoran.

Enam Fakta Penting Sheet Mask
Sumber: Popsugar

Tidak seperti mask skrub dan pes yang perlu disapu menggunakan tangan atau berus. Tahu tak tangan adalah tempat pembiakan bakteria paling banyak?!

#5 Agak Sukar Untuk Dilekap Ke Wajah

Berapa lama anda ambil masa untuk leraikan kepingan mask yang berlipat sebelum menghamparkannya pada wajah? Agak sukar dan mask mudah koyak jika anda kasar ketika meleraikan lipatan.

Enam Fakta Penting Sheet Mask
Sumber: makeupandbeauty.com

Oleh itu, tidak semua gemar menggunakan sheet mask kerana ia dianggap leceh. Kadang-kala potongan kepingan mask pula terlalu besar daripada saiz wajah asal membuatkan kita perlu mengambil masa untuk membelek dan membetulkan kedudukan masak pada wajah. Hmm…

#6 Tidak Sama Seperti Serum

Ramai keliru kerana menganggap sheet mask sama bagus dengan serum, lalu hanya menggunakan sheet mask dan tidak peduli untuk menggunakan cecair serum sebenar.

Enam Fakta Penting Sheet Mask
Sumber: Pinterest

Sheet mask sama sekali tidak mengandungi nutrien penuh yang dimiliki serum. Pakar kulit nasihatkan supaya guna serum setiap hari sebagai rejim kecantikan wajib manakala guna sheet mask hanya sekali seminggu. Jika anda gunanya setiap hari untuk mengunci kelembapan kulit, bukankah leceh bahkan harganya juga mahal. Jika sekeping mask berharga RM7 x 30 hari, bajet kecantikan anda sudah mencapai RM210 sebulan. No way!

Sekarang dah tahu serba sedikit tentang sheet mask kan?

WSelamat beramal!

Please Comment

X
× Whatapps us