fbpx

WANITA HARUS MENJAGA KECANTIKAN KALAU TAK..

WANITA HARUS MENJAGA KECANTIKAN KALAU TAK..

Linda Beauties ingin mengatakan kecantikan itu subjektif. Setiap pandangan manusia itu berbeza-beza tentang kecantikan.

Tapi saya rasa kita semua setuju kecantikan asas seperti wajah yang bersih, tubuh badan yang mantap serta pemakaian yang kemas adalah asas kepada kecantikan yang dipandang oleh semua manusia.

Kadang kala Linda lihat masa remaja seorang wanita itu menjaga kecantikan dengan disiplin yang tinggi tetapi selepas kahwin dan mempunyai anak, kadar menjaga kecantikan semakin menurun. Paling hebat pun beli powder muka dan deodorant agar badan tak bau..

Alasan menjaga anak dan tiada masa untuk kesolekan diri. Inilah kesilapan wanita yang telah berkahwin. Ini semua akan menyebabkan suami awak lari beb.. Bukan tinggalkan anda tapi main kayu tiga.

Wanita cantik kat dunia berbanding wanita yang kurang cantik, lagi banyak wanita cantik. Serius!!! Ada masa pergi ke shopping mall minum air dan lihat sekeliling anda. Ramai tak wanita yang cantik. Beritahu saya berapa ramai yang tak cantik?

Jaga kecantikan anda dan saya serius beritahu alat kecantikan sekarang ini tidak semahal seperti 10 tahun yang lalu. Kini dengan beberapa ratus ringgit anda dapat memiliki set penjagaan muka yang baik serta beberapa alat kecantikan lain.

Alat kecantikan ini adalah kos tapi ianya penting. Anggap sahaja alat kecantikan ini macam rokok kepada lelaki. Mereka kalau satu hari tak hisap rokok, mahu gila..hahahahha. Macam kita wanita ialah alat kecantikan kita, baru ada disiplin.

Linda dah melihat berpuluh contoh lelaki ini corner lipat isteri mereka. Atas salah satu sebab tak tahu jaga kecantikan. Linda bukan nak menjual produk linda. Ini adalah passion Linda tapi Linda nak kongsi pada anda yang amat yakin kecantikan bukan sebab suami anda pilih anda tetapi cinta. Mari kita lihat berapa lama cinta boleh bertahan tiap-tiap melihat wajah kusam andam badan berbau anda.

KECANTIKAN MILIK ANDA

BACK TO BLOG LINDA BEAUTIES

Please Comment

X
× Whatapps us