fbpx

PENJAGAAN ASAS KULIT MUKA

This image has an empty alt attribute; its file name is Tips-Penjagaan-Muka-women-online-magazine-3.jpg

PENJAGAAN ASAS KULIT MUKA

Kulit cantik dan flawless memang memukau semua mata yang memandang. Untuk mendapatkan kulit sebegitu, sebenarnya tak susah. Hanya perlukan kerajinan dan disiplin dalam rutin penjagaan wajah itu.

Kalau nak cantik, asas penjagaan wajah itu haruslah betul. Anda bolehlah ikuti panduan yang dikongsikan oleh Ukhtie’s Aina ini di facebook.

Boleh pilih je di farmasi berhampiran anda. Tak susah pun kan? Atau kalau nak beli scrub boleh jer pergi ke laman ni beli secara online. Scrub terbaik iaitu Milk Pudding Exfoliator.


Assalamualaikum semua. Malam ni saya nak share sedikit tentang asas penjagaan kulit muka secara rutin. InsyaAllah anda boleh amalkan untuk penjagaan kulit muka lelaki atau pun wanita.

LINDABEAUTIES ada menyediakan pelbagai produk pilihan yang sesuai untuk anda.

5 asas penjagaan kulit muka

1, CLEANSER

2. SCRUB

3. TONER/SERUM/ESSENCE

4. MOSTURISER

5. SUNSCREEN

5 benda sahaja, wajib kena ada. Anda boleh kongsi dan amalkan, semoga membantu yang masih tercari-cari produk yang sesuai dan terbaik dengan anda. Kenapa saya pilih produk drugstore? Sebab di jamin tiada bahan kimia, selamat dan murah.

Step 1 : Cleanser

Tolong elakkan cleanser yang ada :
– sodium lauryl sulfate ( mengeringkan kulit muka )
– alcohol ( mengeringkan kulit muka )
– fragrance ( kulit sensitif akan lebih bermasalah )

Cuci muka paling bagus lepas buat aktiviti di luar, lepas masak, terdedah dengan habuk dan sebelum tidur. Tidak di galakkan cuci muka waktu pagi sebab setiap pagi muka hampa masih fresh dan lembab. Elok kekalkan kelembapan tu dengan cuci dengan air biasa sahaja. Lagi satu setiap kali cuci muka kurangkan kuantiti cleanser. Jangan letak terlalu banya, lepas tu buat cuci muka. Picit sebesar hujung jari kelingking sahaja. Yang pakai makeup, jangan lupa buang dulu makeup dengan makeup remove apa apa brand yang free alcohol, free fragrance lagi elok produk itu berasaskan water base baru cuci muka bagi bersih dan lap pakai tuala yang bersih atau tisu paper.

Step 2 : Scrub/Exfoliator

Kenapa perlu scrub? Kerana kulit kita selepas 26 hari akan tertanggal sel kulit mati dan salin kulit baru. Kulit mati itulah yang akan menyumbatkan pori pori muka kita ia mengakibatkan muka naik jerawat, ada blackhead dan whitehead di muka. Jadi apabila kita scrub inilah yang membantu untuk tanggalkan sel kulit mati dari muka kita. Buatlah dalam 1-3 kali seminggu. Elakkan pakai scrub yang butirnya kasar kerana akan melukakan kulit muka kita dan muka akan cepat rosak. Pilih scrub yang halus sahaja dan dalam proses scrub pada muka itu buatlah secara perlahan-lahan sahaja kerana kulit muka kita sangat lembut. Ini antara produk scrub yang bagus yang anda boleh cuba ?

Step 3 : Toner

Toner membantu seimbangkan PH muka kita, kerana cleanser bersifat alkali selepas kita cuci muka PH muka kita akan naik sedikit dari PH asal dan membuatkan muka kita menjadi kering. Oleh itu dengan memakai toner ini akan membantu seimbangkan semula suhu PH di muka kita. Toner dapat mengembalikan kelembapan pada muka kita. Selain itu toner juga dapat membersihkan muka kita dari kotoran muka kita yang tadi kita cuci dengan cleanser yang masih berbaki. Toner juga ada pelbagai fungsi, memutihkan, anti penuaan dan pelbagai lagi. Jadi anda kena elakkan guna toner yang ada alkohol sebab muka akan jadi kering, cepat bermasalah dan cepat berkedut.

Step 4 : Moisturizer

Yang ni part paling penting bagi kekalkan kelembapan kulit muka anda. Tapi mosturizer juga boleh buat muka anda jadi tak selesa jadi, seeloknya anda pilihlah yang sesuai dengan kulit muka anda. Kulit muka yang berminyak sesuai pakai mosturiser yang berbentukkan gel kerana gel berasaskan air dia tidak akan membuatkan muka kita bertambah berminyak dan akan mengekalkan kelembapan pada kulit kita. Pada yang berkulit kering pula sesuai memakai mosturiser berbentuk cream kerana dapat melembabkan lagi kulit yang kering. Macam produk-produk lain juga elak dari produk yang ada alkohol dan fragrance bagi mengelakkan muka anda lebih bermasalah. Mosturizer ni jangan tinggal sebelum tidur, sebab waktu tidur mosturizer ini akan bekerja dan merawat kulit muka kita. ?

Step 5 : Sunscreen

Part last sekali sunblock atau sunscreen. Ini part paling penting untuk anda ikut sebab kita banyak terdedah dengan cahaya matahari. Jadi anda pilihlah sunscreen atau sunblock yang ada SPF50 dan PA++ yang dapat melindungi kita dari sinar uvb dan uva. Sinar uvb menyebabkan kulit muka kita terbakar dan gelap tu. Dan sinar uva pula membuatkan kulit muka kita cepat berkedut dan terdedah dengan kanser kulit. Jadi kalau nak pilih sunblock atau sunscreen kalau ada spf50 sahaja tapi tiada PA jangan beli. Kena ada spf50 dan Pa++ dah cukup perfect untuk anda lindungi kulit anda di luar rumah atau pun berada dalam kawasan tertutup. Pakai banyak mana? Sebanyak 2 jari telunjuk dan jari hantu anda bila di satukan dan kene reapply semula selepas 5 jam kerana sunscreen ni akan hilang. Okey, itu sahaja. Selamat mengamalkan penjagaan kulit yang sihat. ?

kredit: facebook Ukhtie’s Aina

X
× Whatapps us