fbpx

SUNTIKAN VITAMIN C MEMBERI KECANTIKAN

SUNTIKAN VITAMIN C MEMBERI KECANTIKAN

Manakala mata yang memandang, akan selalu tenggelam kerana kecantikan selalu membunuh mereka yang terpesona.

Tetapi untuk menjadi cantik, kadang-kadang ia memakan diri sendiri. Ini semua disebabkan sikap obses kita pada kecantikan. Pandangan kita pada kecantikan terlalu tinggi sehingga kita sanggup untuk melakukan apa sahaja.

Antara cara yang selalu digunakan oleh mereka untuk menjadi cantik adalah dengan suntikan whitening drip. Ia adalah suntikan yang menjadi popular di kalangan para remaja selepas tular pada 2016 apabila banyak golongan selebriti yang menggunakan kaedah ini.

Nama lain bagi whitenning drip adalah ‘suntikan vitamin C’. Ia adalah satu proses di mana akan memberi kesan bagi memutih dan menegangkan kulit serta melambatkan penuaan.

Dengan kos sebanyak RM180.00, para wanita selalu terjebak dalam perkhidmatan ini dan lebih mengejut ada yang cuba melakukan suntikan ini dengan sendiri.

Keghairahan untuk kelihatan cantik menyebabkan ramai yang sanggup berhabis duit untuk melakukan suntikan ini.

Dalam satu laporan yang dikeluarkan oleh New Straits Times, para pengamal perubatan memberi amaran bahawa terdapat beberapa produk whitening drip yang mengandungi glutation – salah satu bahan kimia yang digunakan untuk rawatan kanser.

images 3

Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat (FDA) melaporkan bahawa  suntikan kulit mampu menimbulkan risiko kepada tahap kesihatan mereka.

Manakala FDA Filipina berkata suntikan secara kerap mampu untuk memberi kesan sampingan kepada beberapa penyakit serius

Renee Engeln, seorang profesor dalam bidang psikologi dan pengarah kepada Body And Media Lab di Northwestern University, berhujah bahawa obsesi kita dengan kecantikan adalah penyakit psikologi yang dipanggil Beauty Sick.

Di dalam bukunya yang bertajuk Beauty Sick : How the Cultural Obsession With Appearance Hurts Girls and Women, beliau merujuk kepada suatu tenaga emosi – baik atau buruk – apabila seseorang memandang diri mereka sendiri di hadapan cermin sehingga menjadi sukar untuk mereka melihat aspek lain dalam kehidupan.

Beauty Sick adalah rasa bimbang tentang rupa paras diri sendiri sehingga ia mengganggu emosi seseorang.

Beliau menyatakan bahawa media sosial memainkan peranan dalam memberi perspektif berbeza tentang kecantikan sehingga mereka sanggup untuk melakukan apa sahaja – termasuk pembedahan plastik.

Dalam kajian yang dilakukan oleh beliau, lebih 82% wanita membandingkan diri mereka dengan para model dengan cara yang tidak baik. Manakala 70% yang lain percaya mereka akan dilayan dengan baik jika mereka mempunyai rupa paras yang cantik.

Melalui penyelidikannya juga, Engeln turut mendapati bahawa tidak kira setinggi mana seseorang wanita itu mempunyai latar belakang dalam pendidikan, kebanyakkan daripada mereka tidak pernah gembira dengan kulit yang mereka miliki.

images 1 2

PENYELESAIAN

Untuk mejadi cantik bukanlah mudah, perlu ada usaha bukan wang semata dan juga produk yang baik. Linda Beauties ada menyediakan senarai produk kecantikan untuk semua bahagian tubuh anda.

X
× Whatapps us