fbpx

KOREA SYURGA PRODUK KECANTIKAN

KOREA SYURGA PRODUK KECANTIKAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera! Wanita kalau dengan make up atau produk kecantikan ni memang tak boleh nak dipisahkan kan? Memang sinonim. Aku rasa boleh dikatakan make-up ni salah satu benda yang penting bagi manusia.

Aku kata manusia sebab sekarang ni, bukan perempuan saja yang suka pakai make up, lelaki pun sekarang dah pandai pakai make up. Tak tengok lagi yang lelaki tukar jadi perempuan bila pakai make-up. Yang lagi hebat dari wanita asli pun ada.

Bagi aku la, make-up ni lagi menyerlahkan kecantikan asli wanita. Ada yang tak suka bermekap dan lagi selesa keluar dengan muka asli macam tuh. Ada yang pakai make-up tebal-tebal sebab nak cover jerawat. (Oopps). Tapi kalau tanya lelaki, ramai yang cakap suka perempuan yang tak make-up tebal2, nak natural gitu konon. (Tipu je nih aku rase).

Tapi bila bini dah tak make-up, tak melaram, mulalah kata muka sembab lah, nampak kedut la, dah tak menawan la. Kalau wanita suka make-up, kita biarkan saja okay. Dah memang dia suka, jangan nak halang. Gituh.

Aku dah kat Korea lebih dari 4 tahun dah. Banyak benda baru yang belajar kat sini. Seronok jugak tengok benda lain dari yang lain yang tak sama dengan kat Malaysia. Tapi salah satu benda yang aku tertarik kat sini, kegilaan make-up dalam kalangan rakyat Korea, tak kisahlah lelaki ke perempuan.

KOREA SYURGA PRODUK KECANTIKAN

Dulu sebelum datang Korea, aku tak tahu sangat la pasal make-up nih. Kalau mascara tu tahu lah. Tapi bila datang Korea ni, banyak jugak ler tahu pasal make-up dgn skincare products. Berjenis-jenis BB cream, CC cream dan macam-macam lain. Perempuan Korea kat sini, boleh dikatakan can’t get enough la dengan barangan kosmetik ni.

Kenal tak sape Marie Claire? Haa dia cakap Korea ni kalau compare dengan US, boleh dikatakan 12 tahun lagi advance dalam skin care technology. Sebab tu la ramai pelancong bila datang Korea, salah satu benda wajib beli adalah skincare products dan make-up. Kawan-kawan aku pun ramai asyik suruh kirim kan sebelum balik Malaysia. Asal-asal tak pandai pasal kosmetik ni jadi tahu jugak la bila kena pergi shopping untuk kawan-kawan kat Malaysia.

Kat Korea ni, kalau aku tengok, packaging alat kosmetik dia memang eye-catchy. Cantik-cantik. Comel pulak tuh. Tapi catchy macam mana sekalipun, mesti la tak beli terus, mesti la ramai yang beli tu buat research dulu sebelum beli kan. Orang Korea ni sebelum beli,(samalah dengan Malaysian) research dulu apa ingredients yang paling berkesan untuk kulit diorang. Bolehlah kita panggil orang Korea ni geeky bila bercakap pasal barangan kosmetik dan skincare.

KOREA SYURGA PRODUK KECANTIKAN

Satu lagi sebab kenapa kosmetik dan skincare Korea ni famous, adalah kesan Korean Wave yang memang boleh kata satu dunia tahu. Lepas tu, syarikat pengeluar barangan kosmetik ni, bijak jugak. Guna la artis-artis Korea ni jadi duta produk diorang. Macam Park Shin Hye, kalau BB cream dan CC cream untuk lelaki, Lee Min Ho.

Kosmetik ni kat mana-mana pun ada kan? Banyak negara pengeluar kosmetik dan skincare yang famous macam France dan US. Tapi apa kelebihannya kosmetik Korea kalau compare dengan produk negara lain? INGREDIENTS. Produk Korea ni dia banyak guna natural ingredients yang boleh memberi kesan magical kat kulit pengguna. Boleh kata, natural, “no make-up” make up style produk Korea ni perfect; yang dapat bagi illusion kat orang yang tengok kita fikir kita cantik natural tanpa make-up.

KOREA SYURGA PRODUK KECANTIKAN

Satu lagi, orang Korea ni merupakan pengguna tertinggi barangan kosmetik mengikut hari. Satu hari, diorang akan pakai 5-10 jenis produk. Ada yang guna lebih banyak dari tu.

Okay kalau kita tengok perempuan lain, biasanya guna 3 steps jer:

Cleanse/Facial wash – Tone – Moisturize.

Korean:

Cleanse (ada yang buat dua kali: cleansing oil & facial wash) – Tone – Essence / Serum – Moisturize – Eye Cream – Face mask – Facial mist.

Haa sekarang ni mesti tahu basic orang Korea pakai make-up. Kalau korang nak dapatkan that Korea Glowing Look, wajib lah pakai semua 

BB Cream – Benda wajib dalam skin care. Blemish Balm atau BB cream, asalnya dihasilkan sebagai krim untuk mangsa kebakaran yang post-operation cream selepas laser skin surgery. Kalau pakai BB Cream ni, kulit jadi halus lembut dan dapat regenerate balik kulit kita. Produk ni kira macam moisturizer la. BB cream ni jugak dipakai bila untuk dapat perlindungan daripada sinaran matahari.

Facial mist – Ni benda wajib ada untuk buat kulit kita sentiasa hydrated.

Luminizers (Highlighters) – Luminizer ni biasa nya orang Korea pakai untuk buat kulit tu nampak macam shiny.

Facial mask – Facial mask ni mesti ramai tahu kan. Sebelum tidur pakai sambil baca novel atau scroll facebook. Banyak pilihan jugak la facial mask ni. Tapi kena pandai pilih la mengikut jenis kulit kita. Bila lepas pakai tu, mesti rasa fresh dan glowing.

Kalau datang Korea, memang wajib la datang Myeongdong atau Namdaemun. Memang syurga beli belah barangan kosmetik dan skincare.       

SUMBER:https://fitpiranha.wordpress.com/kegilaan-make-up-dan-produk-kecantikan-di-korea/

JOM MEMBELI BELAH DI LINDA BEAUTIES DUNIA KECANTIKAN WANITA

linda beauties
X
× Whatapps us