fbpx

5 KESALAHAN BESAR PENJAGAAN MUKA

5 KESALAHAN BESAR PENJAGAAN MUKA

Siapa yang tak sedih bila ada rakan-rakan tegur kulit muka kita berjerawat, berminyak, kering ataupun kusam.  Tak kiralah lelaki ke perempuan, wajah memainkan peranan penting untuk kita rasa lebih confident. Kalau kulit muka bermasalah confirm rasa down bila nak jumpa orang.

Walaupun korang rasa korang sangat disiplin bab penjagaan kulit muka tapi mungkin ada yang korang terlepas pandang. Nak-nak kalau hal yang remeh. Haa.. Ni kami nak share sikit perkara yang korang kena elakkan bila berkait dengan penjagaan wajah.

5 KESALAHAN BESAR PENJAGAAN MUKA

Guna produk yang hasilkan banyak sabun dan buih.

Korang mesti rasa produk yang hasilkan banyak sabun dan buih boleh bersihkan kulit wajah dengan lebih mendalam. Tapi korang tau tak, sebenarnya produk penjagaan wajah yang menghasilkan banyak buih dan sabun ni akan buat kulit muka korang lagi kering!

Kulit muka kita ni lain-lain tau! Tak semua sesuai pakai yang banyak buih. Nak-nak korang yang berkulit kering tu. Pakailah produk penjagaan wajah yang bebas sabun dan buih. Korang boleh cari produk macam ni kat pasar raya atau farmasi yang berhampiran. Ada banyak pilihan!

5 KESALAHAN BESAR PENJAGAAN MUKA

Guna tuala yang sama untuk lap muka & keringkan anggota badan lain.

Hmm..Yang ni admin pun buat jugak wey! Malas dan penat jugak nak ada tuala lain-lain untuk lap rambut, muka dan badan. Tapi, demi kulit wajah yang cantik dan mulus korang kena amalkan guna tuala yang berbeza.

Sebabnya, kuman akan lagi cepat merebak kalau korang guna tuala sama untuk lap badan dan muka Lagi-lagi kalau korang ada masalah kulit wajah yang sensitif dan berjerawat. So, lepas ni elakkan okay!

5 KESALAHAN BESAR PENJAGAAN MUKA

Tak jaga pemakanan.

Nak jadi cantik dan ada kulit wajah yang sihat semuanya bermula daripada dalam ye. Korang kenalah jaga pemakanan! Banyakkan makan sayuran hijau dan buah-buahan seperti buah jambu, betik dan pisang.

Kalau korang perasan, orang yang suka makan buah-buahan ni kulit diorang nampak cantik dan sihat je. Jadi, lepas ni masukkan sayuran dan buah-buahkan dalam diet seharian korang. Barulah boleh awet muda!

5 KESALAHAN BESAR PENJAGAAN MUKA

Dapatkan beauty sleep secukupnya

Nak cantik bukan setakat kena ambil produk yang betul dan jaga makan je. Korang juga kena jaga waktu tidur. Tahu tak, bila korang tak cukup tidur korang akan lagi cepat rasa stress. Bila korang stress hormon stress cortisol meningkat dan secara tak langsung korang pon akan dapat effectnya seperti kulit muka jadi kusam, berjewarat dan kering.

So, lepas ni pastikan korang tidur 6 hingga 8 jam setiap hari. Barulah bangun tidur lebih glowing!

5 KESALAHAN BESAR PENJAGAAN MUKA

Kerap tukar-tukar produk penjagaan wajah

Haa..Min tau ni mesti ramai buat kan? Bila guna produk tapi tak nampak sebarang perubahan korang terus tukar produk lain. Salah ni! Bila korang guna produk baru, korang kena tunggu at least 2 minggu ke sebulan untuk tengok perubahan kat wajah korang.

Kalau pakai 3 hari je terus cantik, mungkin produk yang korang pakai tu ada kandungan yang meragukan. Kalau lama-lama pakai kulit wajah korang boleh jadi nipis dan mudah breakout. Takutnya!

Sumber: Mastura

X
× Whatapps us